Akhlak berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu jamak daripada perkataan khuluq
yang menurut bahasa diertikan budi pekerti dan perangai. Kalimah tersebut mempunyai ciri persesuaian dengan perkataan :
1 khalqun - kejadian
2 khaliq - pencipta
3 makhluq- benda yang diciptakan
Rumusannya ,pengertian akhlak timbul sebagai medium yang memungkinkan adanya hubungan baik antara khaliq dengan makhluk dan makhluk dengan makhluq .

Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan seseorang dan menganggap orang yang paling mulia akhlak itu ialah orang yang paling tinggi darjat keimanannya.Ini jelas kita lihat daripada hadis rasulullah s.a.w :
Maksudnya :Seorang sahabat telah bertanya rasulullah :Wahai rasulullah siapakah mukmin paling afdal imannya ?Orang yang paling baik akhlaknya .
Maksudnya:Rasulullah s.a.w telah ditanya :Apakah ad-din itu ?Jawab baginda :Ad-din itu ialah akhlak yang baik .
Tiga kali berturut -turut ditanya kepada rasulullah dan jawapannya tetap sama .
Ini jelaslah kepada kita betapa eratnya perhubungan antara iman ,akhlak dan agama ,seolah -olah tidak ada perpisahan .Jika ia terpisah maka rosaklah agama ,pupuslah iman dan hilanglah akhak dalam diri seorang mukmin itu .Dengan kata lain ,seorang yang tidak akhlak maka dia tidak beriman dan beragama .
Oleh itu , islam amat menitik beratkan persoalan akhlak . Islam amat menyusun sistem akhlaknya
sehingga tidak dapat ditandingi oleh agama lain.Akhlak mendapat kedudukan tertinggi dalam islam lantaran para rasul memikul tugas untuk menyempurnakan akhlak . Sebagaimana ,para rasul membawa prinsip akidah yang sama demikianlah juga tugas yang sama untuk memperbaiki akhlak manusia .
Cukup banyak jumlah rasul yang diutuskan oleh Allah untuk mengembangkan akhlak umat mereka .
Untuk menyempurnakan akhlak ini islam telah menjadikan rasulullah sebagai contoh ikutan manusia sepanjang zaman .Firman Allah taala :
Maksudnya :Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri rasulullah itu contoh ikutan terbaik .Oleh itu,para remaja seharusnya menjadikan rasulullah sebagai contoh ikutan supaya menjadi manusia yang diredai Allah taala ,sebaliknya tidak menjadikan manusia lain sebagai
idola mereka.
Jiwa belum lagi dapat dikatakan baik atau buruk selama ia masih berada dalam keadaan asalnya. Sebenarnya jiwa ialah suatu kekuatan yang dapat digunakan kearah kebaikan sebagaimana juga ia dapat digunakan kearah keburukan .
Islam menyanjung tinggi manusia yang mempunyai akhlak yang baik .Antara contoh akhlak yang baik ialah menghormati ibu bapa .Mereka merupakan insan yang telah membawa kita ke dunia ini .Islam mewajibkan umatnya maenghormati kedua-dua ibu bapa kerana redha Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa .Namun anak 2 masa kini ada yang sudah melawan dan menderhakai ibu bapa mereka .Padahal mereka tidak sepatutnya melakukan sedemikian . Mereka tidak sedar azab yang akan ditanggung oleh mereka .Di dunia lagi mereka akan menerima azab daripada Allah dan juga azab di akhirat kelak .Bayangkan satu hari di akhirat seperti seribu tahun di dunia .Alangkah ruginya manusia yang tidak menyedari hakikat ini dan masih beranggapan tiadanya hisab dan hidup untuk dunia semata -mata .Oleh itu ,saya ingin mengingatkan diri anda dan saya supaya sentiasa menghormati kedua ibu bapa dan tidak menderhakai mereka untuk kebahagian di dunia dan di akhirat.

Terdapat beberapa lagi perkara yang merupakan akhlak yang baik seperti sifat terhadap al-quran ,tnggungjawab terhadap diri ,keluarga dan masyarakat ,serta sifat rohaniah seperti qinaah ,istiqamah dan sebagainya .
Islam amat menyangjung tinggi umatnya yang berakhlak mulia .Rasulullah S.A.W .beranggapan orang yang berakhlak mulia sebagai orang yang paling baginda kasihi dan akan duduk bersama -sama dengan para sahabat di hari akhirat kelak.

Orang yang baik mengikut pandangan islam ialah yang berpijak kepada keimanan dan ketauhidan yang mutlak .Iman tidak cukup sekadar disimpan dalam hati sebaliknya perlu diterbitkan dalam perbuatan yang nyata dan tingkah laku yang baik dan disertakan amalan soleh. Jika iman melahirkan amalan soleh barulah dikatakan iman yang sempurna kerana telah dapat dinyatakan .
Amal soleh ialah laku kerja yang sangat erat dengan akhlak .Matlamat akhlak itu ialah juga untuk takwa dan berbakti kepada khaliqnya .
Jelaslah bahawa akhlaqul karimah ialah mata rantai keimanan .Contohnya ,malu untuk berbuat kejahatan ialah akhlak yang bermatlamatkan takwa .Sebaliknya akhlak yang buruk menyalahi prinsip keimanan .Sekalipun perbuatan itu lahirnya baik dan bukan kerana iman ,maka hal itu tidak mendapat penilaian daripada Allah .Jadi akhlak yang berakidah ialah sesuatu yang dikehendaki oleh islam itu sendiri.
Untuk melahirkan manusia yang unggul adalah sesuatu yang sangat dikehendaki oleh islam kerana keunggulan itu merupakan faktor untuk kebahagiaan manusia . Manusia yang paling unggul ialah Nabi S.A.W. sendiri. Baginda merupakan ikutan dan contoh teladan yang sebaik -baik dan paling sempurna dan tidak ada tandingannya .Allah taala telah menghiasi diri baginda dengan akhlak yang baik dan terpuji untuk dicontohi oeh hamba -hambaNYA kerana sifat baginda telah diperakukan oleh Allah taala .Siti Aishah R.A. menegaskan mengenai akhlak baginda adalah al-quran .Ini bermakna apa yang tersebut dalam al-quran mengenai asifat 2 baginda yang baik dan mulia ,maka itulah yang ada pada baginda .