Lakaran Kehidupan
Indahnya islam jika kita mengamalkan kehidupan kita hanya untuk Allah..
Exam..oh...exam
Aku menggila apabila lecterur bagitau ada exam. Stress kot. Namun, sebagai seorang student, kita tidak boleh lari daripadanya.
"kamu sudah baca belum bab ini?"
Tanya seorang kawan tu.
"Belum lagi lah. Aku busy sekarang ini. Takde masa nak study."
Aku nampak muka dia mulai cuak apabila bertanya tentang exam.
"Emmm, takpe, ada masa lagi ni. Insya Allah, kamu boleh jawab"
Mereka mula menghitung dan merancang masa supaya study tidak miss.
Bagi aku, exam amat penting. Apa tidaknya, kita semua perlukan exam iaitu dalam bahasa bakunya, peperiksaan supaya kita dapat mengenal pasti tahap keupayaan kita dalam sesuatu subjek.
Itu baru exam dunia. Tidak masuk lagi exam untuk kita pass ke syurga Allah.
Setiap detik, setiap masa, setiap ketika dalam hidup kita penuh dugaan dan ujian daripada Allah.
Mengapa erk Allah adakan ujian ni? sebenarnya, samalah analoginya exam di sekolah. Allah uji kita untuk melihat sejauh mana tahap keimanan seseorang yang menyatakan dirinya beriman.
Dari sinilah tahap keimanan kita dinilai. Setiap kerja buat kita akan dianalisis. Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita, setiap apa yang kita niat, setiap benda yang kita fikir akan dinilai oleh Allah. Pendek kata semua benda lah...
Lagi satu, setiap detik merupakan ujian even nikmat yang diperolehi juga ujian. Dan balasannya hanya lah diakhirat kelak. whether we can pass or fail depend on our previous perbuatan (hhehe...campur2 plak).
Dan satu lagi. kalau kita fail exam kat sekolah, kita boleh repeat lagi. Tapi kalau fail kat akhirat, agak2 Allah bagi tak kita balik ke dunia semula..ermmmm..konfem xbagi punyalah.
So, syurga dan neraka, baik dan buruk, pahala dan dosa, is your choice. Kalau nk jadi ahli syurga buatlah cara ahli syuga. Dan kalau yang sebaliknya tu, lantak korang lah ye..Apa dosa yang kita lakukan tak effect kat Allah pun. TAPI effect kat kita sebenarnya.
****
Selesai sahaja exam, aku keluar dengan nafas lega. Fuhhhh......Satu beban telah selesai.
"Insya Allah, kita akan dapat markah yang molek.Man jadda wajada, man zaro'a hasoda"
kata kawanku sambil tersenyum.
CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

Berdasarkan surah al-Mukminun telah menggariskan orang mukmin yang berjaya sebagai panduan kepada umat islam mengatur kehidupan .Kejayaan umat islam hendaklah berasaskan sejauh mana dia berjaya melaksanakan tanggungjawab yang diwajibkan berhubung dengan Allah dan sesama manusia .Hubungan dengan Allah iaitu sentiasa melakukan solat dengan khusyuk , memelihara waktu solat dan mengeluarkan zakat . Hubungan sesama manusia pula seperti menunaikan amanah dan janji ,menjag kehormatan diri dan orang lain serta menjauhi perkara -perkara keji dan sia -sia dalam kehidupan .
Gesaan supaya menjadi umat yang berjaya banyak kali terdapat dalam al-Quran .Begitu juga seruan dan peringatan kepada umat islam supaya mereka sentiasa beroleh kejayaan .Kejayaan dapat diperoleh apabila kita berjaya melaksanakan tuntutan tersebut.
Antara ciri mukmin berjaya ialah
1. beriman kepada Allah
2. menunaikan solat dengan khusyuk , cara mendapatkan solat dengan khusyuk ialah
*faham maksud setiap ayat dan lafaz yang dibaca
*tidak mengingati perkara lain
*suasana tempat solat tenang , aman dan bersih
*menumpukan pandangan pada tempat sujud
*menunaikan solat dengan hati ikhlas
*mengharapkan keredhaan daripada Allah
* merasakan diri sebagai hamba apabila berhadapan dengan Allah
3. mengeluarkan zakat
4.menjaga kehormatan diri
*menutup aurat dangan sempurna
*menjauhi pergaulan bebas dan zina
*menyalurkan nafsu syahwat melalui pernikahan
*menjauhi diri daripada perbuatan keji seperti rasuah
5. memelihara amanah dan menepati janji
Wajib keatas kita menunaikan amanah dan menepati janji terhadap Allah dan manusia .Sesiapa yang mengkhianati janji pastinya tergolong dalam golongan munafik .Sebagaimana hadis nabi ,maksudnya :Tanda orang munafik itu ada 3 , apabila bercakap dia berdusta , apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia dia khianati
6. menjaga waktu solat
Oleh itu , barangsiapa yang ingin menjadi mukmin yang berjaya pastinya perlu melakukan tuntutan daripada Allah ini . Insya Allah , kita berjaya di dunia dan di akhirat.
Cinta kepada Allah

Cinta perlukan perasaan ,penerimaan dan saling menghargai.Antara kesemuanya berhati-hatilah dengan perasaan kerana ia sukar dikawal .
Cinta sangat abstrak.Manusia mentafsirkan cinta pada pandangan masing -masing.Cinta yang paling penting adalah cinta kepada Allah swt .Cinta kepada Nya membawa kepada pengabdian kepada illahi secara menyeluruh . Rindu kepada Allah amat penting supaya kita tidak lalai dan leka kepada duniawi .Rindu untuk bertumu dengan Allah melahirkan keikhlasan dalam kehidupan seharian .
Walaubagaimana pun sudah fitrah manusia untuk saling berkasih sayang antara satu sama lain .Namun apakah matlamat kita dalam percintaan ????? hanya semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu sahaja atau terpengaruh dengan kawan -kawan yang lain atau untuk berseronok sahaja atau untuk mencari keserasian sebelum melangkah ke alam perkahwinan??
Cuba kita muhasabah diri sendiri ,apakah matlamat kita bercinta ??
Cinta yang berteras keseronokan dan kegembiraan akan cepat pudar apabila berdepan denagn pelbagai masalah kehidupan sebenar .Seharusnya cinta Nabi SAW harus dicontohi dalam kehidupan kita . Cintanya kepada isteri -isterinya hanyalah bermatlamatkan keredhaan Allah semata -mata .Oleh itu cinta ini harus disemai dalam diri kita keran ianya bertetapan dengan ajaran islam .Pasangan yang sedang bercinta seharusnya memberi contoh yang baik kepada pasangan masing-masing dan saling mengingati antara satu sama lain .Bukannya kita berkongsi perkara yang tidak berfaedah .Jika ingin berjumpa hendaklah ditempat yang terbuka ,sentiasa menutup aurat dan menjaga pandangan mata kerana perzinaan itu bermula daripada mata .Hendaklah juga kita membawa muhrim untuk mengelak daripada fitnah manusia lain .Sabda Rasulullah SAW maksudnya :Tidaklah seorang lelaki bersepi-sepian dengan seorang perempuan kecuali yang ketiganya ialah syaitan . Berdasarkan nas -nas al -Quran dan hadis nabi menunjukkan haramnya lelki bergaul bebas dengan perempaun dan tidak perlu diragukan dan diperdebatkan lagi .Maka bila ada sebahagian manusia yang membolehkan pergaulan seperti itu dengan alasan tradisi sosial untuk mengubati jiwa ,mereka ini sebenarnya mendustakan syariat dan jahilterhadap fitrah atau pura -pura akan kenyataan yang melanda manusia.
TOKOH ISLAM

RABIAH AL-ADAWIYAH
Rabiah al-Adawiyah (713-801)seorang yang zuhud dan pelopor tasawuf yang mengemukakan konsep mahabah .Beliau dilahirkan di Basra,Iraq .Nama lengkapnya Rabiah bt Ismail .Beliau diberi nama Rabiah kerana beliau anak keempat dalam keluarganya .Keluarganya amat miskin .
Ketika orang tuanya meninggal dia masih kecil .Beliau dijual sebagai hamba tetapi dibebaskan
oleh tuannya .Pada masa berikutnya,beliau menjalani kehidupan sebagai sufi .Beliau menghabiskan waktu untuk beribadah ,siang malam beliau melakukan solat dan berzikir .Beliau hidup menyendiri ,tidak menikah dan lebih memilih untuk hidup menyendiri .Dalam sejarah perkembangan tasawuf, nama beliau selalu disebut kerana peranannya dalammemperkenalkan konsep mahabah .Beliau berjaya mengubah arah pergerakan spiritual daripada gerakan zuhud kepada tasawuf cinta yang mengilhami para sufi selepasnya .Sehingga saat ini ,syair dan doanya diulang -ulang oleh para sufi dan kaum muslimin .
Beliau termasyhur kerana pengalaman spiritualnya iaitu mahabah atu penyerahan diri se penuhnya kepada Allah SWT.Pengalaman ini bukan melalui guru tetapi melalui pengalaman sendiri.Jika sebelum ini Hasan al Basri telah merintis kehidupan zuhud berdasarkan rasa takut dan harapan maka Rabiah melengkapkannya dengan cinta kepada tuhan .Cintanya kepada tuhan memenuhi seluruh jiwa raga ,tidak meluangkan tempat dihatinya untuk mencintai sesuatu selain Allah . Baginya dorongan mahabah berasal daripada diri sendiri dan juga hak Allah untuk dicintai dan dipuja .Puncak pertemuan mahabah antara hamba dan kasih sayang Allah yang menjadi akhir keinginan Rabiah .
DOA HARIAN
Ya Allah ,aku memohon cinta daripada Mu dan cinta orang - orang yang mencintai Mu , dan jadikanlah cintaku terhadap Mu lebih daripada aku mencintai diriku ,keluarga , harta dan air yang sejuk.
Akhlak Islamiah

yang menurut bahasa diertikan budi pekerti dan perangai. Kalimah tersebut mempunyai ciri persesuaian dengan perkataan :
1 khalqun - kejadian
2 khaliq - pencipta
3 makhluq- benda yang diciptakan
Rumusannya ,pengertian akhlak timbul sebagai medium yang memungkinkan adanya hubungan baik antara khaliq dengan makhluk dan makhluk dengan makhluq .
Maksudnya :Seorang sahabat telah bertanya rasulullah :Wahai rasulullah siapakah mukmin paling afdal imannya ?Orang yang paling baik akhlaknya .
Maksudnya:Rasulullah s.a.w telah ditanya :Apakah ad-din itu ?Jawab baginda :Ad-din itu ialah akhlak yang baik .
Tiga kali berturut -turut ditanya kepada rasulullah dan jawapannya tetap sama .
Ini jelaslah kepada kita betapa eratnya perhubungan antara iman ,akhlak dan agama ,seolah -olah tidak ada perpisahan .Jika ia terpisah maka rosaklah agama ,pupuslah iman dan hilanglah akhak dalam diri seorang mukmin itu .Dengan kata lain ,seorang yang tidak akhlak maka dia tidak beriman dan beragama .
Oleh itu , islam amat menitik beratkan persoalan akhlak . Islam amat menyusun sistem akhlaknya
sehingga tidak dapat ditandingi oleh agama lain.Akhlak mendapat kedudukan tertinggi dalam islam lantaran para rasul memikul tugas untuk menyempurnakan akhlak . Sebagaimana ,para rasul membawa prinsip akidah yang sama demikianlah juga tugas yang sama untuk memperbaiki akhlak manusia .
Cukup banyak jumlah rasul yang diutuskan oleh Allah untuk mengembangkan akhlak umat mereka .
Untuk menyempurnakan akhlak ini islam telah menjadikan rasulullah sebagai contoh ikutan manusia sepanjang zaman .Firman Allah taala :
Maksudnya :Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri rasulullah itu contoh ikutan terbaik .Oleh itu,para remaja seharusnya menjadikan rasulullah sebagai contoh ikutan supaya menjadi manusia yang diredai Allah taala ,sebaliknya tidak menjadikan manusia lain sebagai
idola mereka.
Jiwa belum lagi dapat dikatakan baik atau buruk selama ia masih berada dalam keadaan asalnya. Sebenarnya jiwa ialah suatu kekuatan yang dapat digunakan kearah kebaikan sebagaimana juga ia dapat digunakan kearah keburukan .
Islam menyanjung tinggi manusia yang mempunyai akhlak yang baik .Antara contoh akhlak yang baik ialah menghormati ibu bapa .Mereka merupakan insan yang telah membawa kita ke dunia ini .Islam mewajibkan umatnya maenghormati kedua-dua ibu bapa kerana redha Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa .Namun anak 2 masa kini ada yang sudah melawan dan menderhakai ibu bapa mereka .Padahal mereka tidak sepatutnya melakukan sedemikian . Mereka tidak sedar azab yang akan ditanggung oleh mereka .Di dunia lagi mereka akan menerima azab daripada Allah dan juga azab di akhirat kelak .Bayangkan satu hari di akhirat seperti seribu tahun di dunia .Alangkah ruginya manusia yang tidak menyedari hakikat ini dan masih beranggapan tiadanya hisab dan hidup untuk dunia semata -mata .Oleh itu ,saya ingin mengingatkan diri anda dan saya supaya sentiasa menghormati kedua ibu bapa dan tidak menderhakai mereka untuk kebahagian di dunia dan di akhirat.
Islam amat menyangjung tinggi umatnya yang berakhlak mulia .Rasulullah S.A.W .beranggapan orang yang berakhlak mulia sebagai orang yang paling baginda kasihi dan akan duduk bersama -sama dengan para sahabat di hari akhirat kelak.